Thursday, January 19, 2017

Aktiviti Kesatuan JTMP 2015-2016 ‘ Rebranding MLT towards Transformasi Pathologi Services

Aktiviti Kesatuan JTMP 2015-2016   
‘ Rebranding MLT towards Transformasi Pathologi Services


Acara

Tempat
Tarikh
1

Mesyuarat Agung DwiTahunan Kesatuan JTMP
2015-2017
Kuala Terengganu
5-6 Okt 2015

2


‘Road Show’ Kesatuan ke Negeri Melaka di Hospital
Melaka & mesyuarat Exco

Jabatan Patologi Hospital Melaka

14hb. Nov 2015



3




Mesyuarat Perbincangan Halatuju JTMP Malaysia
ke Wawasan 2020 bersama Ketua Profesen,
Presiden kesatuan, Presiden Persatuan, Presiden
Persatuan Sarawak & wakil JTMP Kanan.


PDN Kuala Lumpur

6 hb. Dis 2015



4


Presiden Kesatuan En Hamzah Mohamed &  
Presiden Persatuan En Mamfaluti   memberi
taklimat  di Kursus Mikroskop anjuran Matrik Optik 

Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar
1hb. Mac 2016

5


Kejohanan Futsal JTMP Kebangsaan 2016 Anjuran
KJTMP  Cawangan  Negeri Sembilan

Public Star Futsal Seremban 2
Juara: IMR


23-24hb. April 2016


6



Kunjungan Hormat Kesatuan JTMP ke Kolej
Teknologi Makmal perubatan


IMR Kuala Lumpur

29 April 2016


7

Kesatuan menghadiri Sambutan Hari JTMP
Peringkat Kebangsaan Anjuran Persatuan JTMP

Grands  Seasons Hotel Kuala Lumpur


29 April 2016


8




Taklimat Kesatuan Sekerja (Trade Unions)
 oleh Kesatuan JTMP di Kursus QAP Anjuran
Kesihatan Primer Negeri Selangor



Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
Urusetia En Salehuddin Suratman JTMPU38 Penyelaras JTMP


28hb.Mei 2016

  


Acara

Tempat
Tarikh


9


Kejohanan Bola Jaring Patologi
Peringkat Kebangsaan Kali
pertama


Gelangang  Majlis Sukan Pahang(SUKPA)
Bandar Indera mahkota , Kuantan Pahang

Dengan kerjasama Jabatan Patologi Hospital HTAA Kuantan Pahang

Juara: Hospital Serdang

6hb. Ogos (Sabtu) 


10




Pembentangan Kertas kerja
(finalized) Skim U41  JTMP oleh
Pengerusi J/K U41 kepada
barisan exco


PDN Kuala Lumpur
14hb Ogos 2016



11




Perlantikan En En Abdul Rahman
Bakar sebagai Ketua Profesen
JTMP Malaysia untuk tempoh 2
tahun (2016-2018).


merangkap ketua Profesen Negeri Sembilan dan Bendahari Kehormat Kesatuan JTMP

1hb Sept 2016

12








Kursus Kecemerlangan Modal
Insan JTMP 2016

-Sesi TaklimatAkta AHP
bersama PenolongPengarah
BSKB En Mohd Asri
& Tn Hj Badrulzaman


Akedemi Kementerian Pengajian Tinggi (AKEPT) Bandar Enstek  Negeri Sembilan


26hb-27hb Sept 2016


13




Mesyuarat Pertama
Jawatankuasa Teknikal  JTMP
bersama Ketua Profesen  En Abd
Rahman Bakar


BSKB Puterajaya

28hb. Sept 2016



Acara
Tempat
Tarikh

14



‘Road Show’ Kesatuan di Negeri
Sembilan


Seremban

25hb Sept 2016


15


Bengkel  ‘Workload Indicators Of
Staffing need Untuk JTMP’


Motel Desa Kuala Terengganu
Tujuan: membantu pengumpulan data  untuk BSKB  selepasa Kursus 2010 di Hotel Dinasty


2hb-3hb  Nov 2016

16





Presiden Kesatuan En Hamzah &
Ketua Profesen En Abd Rahman
di Majlis Santai AnjuranJTMP
Selangor


Steamboat & Grill KgKanchong Darat
 Banting

12hbNov 2016

17







Kesatuan Bersama Pelatih di
Kolej JTMP
-Peranan & Kepentingan
Kesatuan
Persediaan Berkhidmat sebagai
JTMP & Kesatuan
Soal Jawab

IMR

27hb Nov 2016

18


Kursus WISN untuk Sabah &
Sarawak

Kuching
28hb-29hb Nov 2016

19



Kejohanan Badminton
Kebangsaan  JTMP 2016


Kolej Kesihatan Sains Bersekutu Hulu Kinta Perak Anjuran Jawatankuasa Teknikal JTMP Negeri  Perak, Kesatuan JTMP Cawangan Negeri Perak & Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
Juara:Terengganu


23hb-24hb. Dis 2016



Disediakan: Zulraiman bin Ismail
Biro Penerangan Kesatuan JTMP 2015-2017

Saturday, October 29, 2016

Sejarah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB)

Sejarah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB)
Pada masa perang dunia kedua, kebanyakan pesakit yang dirawat di Hospital Besar, Johor Bahru adalah anggota tentera dan orang awam yang tercedera. Apabila keadaan peperangan bertambah buruk dan jumlah kemalangan meningkat, hospital ini telah dijadikan hospital tentera. 


Hospital awam telah dipindahkan ke Hospital Sakit Jiwa di Tampoi, pada awal tahun 1942. Tidak lama selepas itu, Hospital Sakit Jiwa juga telah diambil alih oleh tentera Jepun bagi menempatkan anggotanya, Hospital awam juga telah dipindahkan ke "Labour Lines" Tebrau Estate. Oleh kerana Labour Lines ini mendatangkan pelbagai masalah, hospital awam kemudiannya dipindahkan ke sebuah bangunan kecil di kaki Bukit Timbalan.
 Pada tahun 1944, Istana Lama di Bukit Zahrah telah diperbaiki untuk dijadikan hospital. Bangunan ini boleh memuatkan sebanyak 250 buah katil dinamakan " Civil Hospital ". Setelah tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, tentera British telah mengambil alih pentadbiran hospital ini (BMA Period). Surgeon Commander E.W. Laidlaw telah ditugaskan sebagai P.M.O. Pada masa itu kebanyakkan pesakit terdiri dari anggota tentera yang tercedera. Setelah beberapa bulan kemudian, hospital awam diadakan semula di hospital ini. Sebagai permulaan, wad perubatan lelaki dan wad umum perempuan mengambil tempat di Timur 3 dan Barat 3. 
Kakitangan awam mengambil alih pentadbiran hospital ini pada 1 hb. April, 1946. Pada masa itu Dr J.M.A. Lowson dilantik sebagai PMO dan timbalannya Dr J C P Grey. Pada masa itu kekurangan kakitangan awam ketara sekali di mana di wad lelaki hanya Dresser sahaja yang bertugas. Seorang Dresser Tingkatan Khas ditugaskan menyelia sebuah wad. Dalam sehari, seorang Dresser Gred 1 bertugas waktu pejabat, seorang Dresser Gred II dan seorang Gred III bertugas pagi, seorang Dresser Gred II dan seorang Gred III bertugas petang dan seorang Dresser Gred III bersama seorang Probationer Dresser bertugas malam.Keadaan ini berlanjutan sehinggalah bulan September, 1947 bila mana kumpulan Dresser Pelatih yang pertama selepas perang lulus dan mula menjalankan tugas. Jumlah pesakit yang dirawat disepanjang tahun 1947 ialah seramai 9069 orang. Di Johor Bahru pada masa itu terdapat dua buah Klinik Swasta. 

Di wad perempuan pula Jururawat Pelatih, Kakitangan rendah juga ada di semua wad tetapi bilangannya terlalu kecil, iaitu 3 orang bertugas pagi, 2 di waktu petang dan seorang bertugas malam, Kakitangan rendah ini adalah di bawah penyeliaan "Steward". Mereka ini terdiri daripada Atendan Wad, Atendan Makmal,  Atendan Rumah Mayat, Atendan Kesihatan dan Tukang Kebun. Pada masa itu, hanya seorang Pegawai Perubatan bertugas malam bagi seluruh hospital. Semua kes kecemasan dan kes-kes polis diperiksa oleh beliau. Pegawai ini juga dipanggil untuk membantu Pakar Bedah jika terdapat kes-kes yang memerlukan pembedahan serta-merta pada waktu malam. Kes-kes yang terdapat pada masa itu ialah luka terkena tembakan. Ahli kimia ubat boleh dikatakan tidak ada dan "Senior Dresser" ditugaskan menyelia Dispensari. Ubat pil jarang digunakan dan kebanyakan ubat-ubat yang digunakan berbentuk "powder" dan "Mixtures". Makmal dan Jabatan X-Ray juga dikendalikan oleh dresser sehingalah kakitangan yang mencukupi dilatih untuk mengambil alih tugas di jabatan-jabatan tersebut.Pakar Bedah ketika itu dalam tahun 1947 ialah Mr L E Vine dan bersara atas sebab-sebab kesihatan. Mr H M Gladdery mengambil alih tempat beliau dan akibat dari rusuhan "Maria Hertogh" dalam tahun 1950 mengalami kecederaan. Mr Yeoh Bon Choon (sekarang Dato') dilantik menggantikan beliau pada 8/1/51 dan bersara pada tahun 1969 dan menyambung semula perkhidmatan beliau sehingga 1/3/71 . Dato' Yeoh Bon Choon merupakan Pakar Bedah pertama dari keturunan Asia di negeri Johor dan juga Malaya ketika itu. Tahun 1950 - pesakit TB telah dipindahkan dari Hospital Besar ke pusat TB Santarium di Tampoi. Dalam tahun 1955 - beberapa buah bangunan baru telah dibina sebagai bangunan tambahan kepada bangunan sediada dan dirasmikan oleh Lady Marcella Ibrahim pada 25/11/55 . Pada tahun 1960'an - perkembangan struktur hospital agak lembab dan hanya tertumpu di bahagian latihan. Hanya pada tahun 1972, sebuah Klinik Dada & wad dibina untuk menempatkan 60 buah katil. Bangunan ini dirasmikan oleh YB Tan Sri Lee Siok Yew - Menteri Kesihatan pada 28/9/72 . Pada tahun 1929 sebuah wad untuk pegawai-pegawai dinamakan "Officers Wad" dibina di atas Bukit Sah. Mempunyai 22 bilik dan dikhaskan untuk pegawai-pegawai bangsa Eropah dan Pengurus-Pengurus Ladang (Estate Managers). Sebuah asrama untuk "Sisters" juga dibina dinamakan "Sisters Mess" dibina. Bangunan ini menghadap Selat Tebrau dan masih digunakan untuk tujuan asalnya sehingga ke hari ini. Wad Kelas 2 dibina tahun 1938 dan mula digunakan pada tahun 1939. Mengandungi 2 buah bangunan 2 tingkat dilereng bukit berhampiran dengan bangunan Asrama Jururawat. 1 buah bangunan untuk pesakit kelas 2 lelaki dan sebuah lagi untuk pesakit kelas 2 perempuan. Pada masa ini bangunan tersebut tidak lagi dgunakan untuk pesakit kelas 2. Sebuah lagi digunakan sebagai dapur hospital sementara menunggu siapnya sebuah bangunan dapur baru yang lengkap dibina. Sebelum ini bangunan itu digunakan sebagai Pejabat Kesihatan selama beberapa tahun sehingga pejabat tersebut berpindah ke pejabat yang baru di Jalan Abdul Samad pada tahun 1975. Sebuah lagi bangunan telah digunakan sebagai Wad TB Perempuan di tingkat atas semenjak tahun 1972 sehingga ke hari ini. Di tingkat bawah pula dikhaskan untuk penyakit-penyakit berjangkit jika berlaku  wabak penyakit. Bangunan-bangunan wad kelas 3 yang diperbuat daripada papan sejak tahun 1882 dan tahun berikutnya telah buruk dan penuh sesak dengan pesakit yang semakin bertambah. Oleh yang demikian sebuah bangunan yang baru telah dicadangkan bagi menggantikan wad-wad ini. Bangunan ini telah mula dibina dalam tahun 1938 dan siap dalam tahun 1941. Rekabentuk bangunan ini telah dibuat di syarikat akitek "Palmer and Turner" yang mempunyai pejabat di Johor Bahru. Idea rekabentuk hospital ini diperolehi daripada sebuah hospital di Nanking, China semasa satu rombongan perubatan yang diketuai oleh Dr G.H. Garlick menghadiri mesyuarat "Far Eastern Association of Tropic al Medicine" di sana pada tahun 1934. Susunan bahagian dalam (Interior arrangement) adalah kombinasi pengalaman tempatan dan kajian dari hospital-hospital diseluruh dunia yang dikandung dalam Journal "Nosokomeion". 

Bangunan setinggi 5 tingkat ini telah memuatkan 857 buah katil. Ia mempunyai dua sayap (wing) berbentuk "T" mengandungi 80 buah katil dalam tiap-tiap wad. Di bahagian tengah terdapat lif serta dapur untuk pesakit-pesakit, bilik pembedahan pula ditempatkan di tingkat satu sementara tingkat yang teratas dikhaskan untuk pesakit-pesakit TB. Jumlah perbelanjaan membina bangunan ini termasuk RM100,000.00 untuk kerja-kerja cerucuk  dan sebahagian besar peralatan adalah dianggarkan sebanyak RM1,275,000.00 tetapi setelah siap pada tahun 1941, ianya telah meningkat kepada RM2,057,075.00. Pembukaan rasmi bangunan ini telah dijadualkan pada 29hb. Mei 1941 oleh DYMM Sultan Ibrahim. Semua persiapan telah diatur tetapi perasmian ini telah dibatalkan pada saat-saat akhir.  Bangunan ini dikenali dengan bangunan induk pada masa ini. Pada tahun 1938, wad bersalin kelas satu dan berek untuk kakitangan rendah juga telah dibina. Bangunan wad ini letaknya di belakang wad pegawai, menghala ke Selat Tebrau. Rekabentuk kedua-dua bangunan ini juga dibuat oleh syarikat yang sama iaitu Palmer and Turner. Ianya siap dibina pada tahun 1941. Bangunan ini telah ditinggalkan kosong buat beberapa lama apabila Mess Doktor dipindahkan ke bangunan baru yang terletak di Jalan Abdul Samad. Bangunan Mess Baru didirikan pada tahun 1969. Ianya mempunyai 10 buah bilik. Dua buah bangunan lagi dibina dalam tahun 1972 berhampiran dengan  bangunan tersebut. Bangunan-bangunan ini mempunyai 12 buah bilik setiap satu. Walaubagaimanapun pada masa ini ketiga-tiga bangunan ini didapati tidak mencukupi. Bagi menempatkan semua Pegawai Perubatan Siswazah yang dilatih di hospital ini. Jumlah bilik yang ada ialah 34 buah sementara Pegawai Perubatan Siswazah yang dilatih di hospital ini ialah seramai 54 orang. Bangunan wad bersalin yang di kosongkan telah digunakan sebagai Pejabat Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Negeri Johor kerana bangunan "Central Medical Administration Bureau" yang digunakan terlalu buruk dan hampir roboh. Bangunan ini kemudiannya telah digunakan sebagai Pejabat Penguasa Perubatan sehingga ke hari ini setelah Pejabat Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan berpindah ke pejabat baru di Wisma Persekutuan pada tahun 1979 .Unit Kecemasan Ketika Itu Jabatan Kemalangan dan Kecemasan pada masa dahulu terletak di Tingkat Bawah Bangunan Induk tetapi dipindahkan ke sebuah bangunan lama yang letaknya lebih kurang 300 meter dari bangunan induk pada tahun 1974. Di bangunan ini juga terletaknya Jabatan Pesakit Luar. Bangunan lama ini tidak sesuai lagi kerana telah terlalu usang dan jauh dari bangunan induk. Bangunan ini juga tidak mencukupi bagi memberikan perkhidmatan yang selesa kepada pesakit. Oleh yang demikian, sebagai langkah "interim" untuk memperbaiki perkhidmatan di bahagian ini, sebuah Jabatan Kemalangan dan kecemasan telah dibina di tingkat bawah kompleks Dewan Bedah Baru. Ianya telah mula digunakan pada 27hb. Mei, 1985. Tempat ini akan terus digunakan sehinggalah cadangan Projek Poliklinik di Jalan dato' Wilson yang mempunyai sebuah Jabatan Kemalangan dan  kecemasan yang baru dan lengkap dilaksanakan.  
-Disalin dari Laman web rasmi HSA-